Pelakon Utama:Lee Da Hae,Lee Dong Wook,Lee Joon Ki,Park Si Yeon
Drama My Girl yang dibintangi oleh Lee Dong Wook,Lee Da Hae,Lee Jun Ki dan Park Si Yeon memaparkan kisah Joo Yoo Rin lakonan Lee Da Hae yang merupakan pemandu pelancong di Pulau Jeju yang sering berbohong untuk melepaskan diri daripada keadaan bahaya.
Gadis berusia 25 tahun ini bukan sahaja periang dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang,malah boleh membiasakan diri dengan apa sahaja keadaan.Pada suatu hari,secara tidak sengaja dia telah bertemu dengan jejaka kaya yang bernama Seol Gong Chan lakonan Lee Dong Wook.Pertemuan tidak disangka itu bagaimanapun bermula dengan pertelingkahan.
Datuk Seol Gong Chan yang merupakan pemilik hotel terbesar di Korea sakit tenat selama beberapa bulan.Dia meminta Seol Gong Chan mencari satu-satunya cucu perempuannya yang merupakan adik sepupu Gong Chan yang dilahirkan oleh anaknya yang berkahwin dengan lelaki Jepun.20 tahun dahulu,dia menghalau anak perempuan dan menantunya.Pasangan itu berpindah ke Jepun,malangnya pasangan tersebut terbabit dalam gempa bumi dan hanya anak perempuan mereka sahaja yang terselamat.
Demi tidak menghampakan hasrat datuknya yang sedang sakit,Seol Gong Chan meminta Joo Yoo Rin menyamar sebagai adik sepupunya yang hilang.Kehadiran Joo Yoo Rin mengembalikan kekuatan dalam diri datuk Seol Gong Chan.Rahsia Joo Yoo Rin terbongkar akhirnya.Merasa tertipu,dia menghalau Joo Yoo Rin keluar dari rumahnya dan mengarahkan gadis itu meninggalkan Korea dan Seol Gong Chan.
0 ulasan:
Catat Ulasan